TIPS MERAWAT KELEMUMUR (DANDRUFF)

TIPS MERAWAT KELEMUMUR (DANDRUFF)

Rambut terperap dengan tudung , dan stress buatkan rasa gatal dikepala . Lepas Lisa check tempoh hari , rupanya rambut ni dah ada kelemumur . Seumur hidup inilah pertama kali kena kelemumur , walaupun tak banyak… tapi tetap tak selesa juga la . Oleh sebab itu kali ini Lisa akan share Tips Merawat Kelemumur ( Dandruf ).

TIPS MERAWAT KELEMUMUR

 

Kenali punca kelemumur

🌸Kulit kering
🌸Masalah kulit psoriasis
🌸Tekanan
🌸Sensitif pada shampoo
🌸Kulit kepala berminyak
🌸Ekzema
🌸Perubahan hormon
🌸Kurang bersyampu

TIPS MENGATASI KELEMUMUR.

1. Shampoo

Syampu rambut sekurang2 ye 2 hari sekali untuk mengelak kulit kelapa berminyak.

2. Guna minyak semulajadi

Guna minyak semulajadi seperti minyak kelapa dan minyak zaitun. Cara penggunaan selepas syampu biarkan kering sebentar dan urut di kulit kelapa, balut dan biarkan semalam. Besok pagi bilas.

3. Guna Aloe Vera sebagai Mask Rambut

Aloe vera diketahui mempunyai banyak manfaat dan sangat berguna. Kandungan dalam Aloe vera, antara lain; protein, lemak, karbohidrat, kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, dan C. Tidak hanya untuk menghitamkan rambut, membuat rambut berkilau, mencegah keguguran rambut, menguatkan akar rambut, lidah buaya juga sangat ampuh digunakan sebagai cara hilangkan kelemumur secara semulajadi.

Bagaimana membuang kelemumur degil menggunakan bahan ini:

*Haluskan isi lidah buaya secukupnya.
*Sapukan secara rata pada permukaan kulit kepala.
*Urus perlahan-lahan agar meresap ke kulit kepala anda.
*Biarkan selama 30 minit.
*Bilas dengan air sehingga bersih.

Aloe Vera melembapkan kulit kelapa sambil memberi efek sejuk pada kulit kepala.Guna selepas selepas keringkan rambut, Letak pada kulit kepala urut sedikit, balut dan bilas pada besok pagi.

4. Bilas rambut menggunakan cuka epal.

Cuka epal bagus untuk sebagai astrigent semula jadi utk elak kulit kepala berkelemumur.Cara guna- campur 2 cawan cuka epal bersama 2 cawan air sejuk dan bilas selepas shampoo.
‏
5. Jangan guna wax, hair gel buat sementara waktu.

Wax dan hair gel boleh membuat kulit kepala lebih berminyak.

6. Kawal stress anda

Kajian terbukti kalau kurang stress boleh mengurangkan kelemumur.

7. Makan makanan yang tinggi zinc dan B vitamin

Contoh makanan daging, ayam, salmon utk zinc . Contoh makanan ikan, telur, broccoli untuk Vitamin B

8. Tidur 7-8 jam

Tidur dengan cukup untuk mendapatkan sistem imunisasi berfungsi dengan baik.

9. Jumpa pakar kulit

Jika kelemumur terlalu serius, sila cuba doktor kulit untuk mendapatkan rawatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge