TIPS MENGHILANGKAN SUNBURN Dengan COSMODERM

TIPS MENGHILANGKAN SUNBURN DENGAN COSMODERM

Cuti sekolah kali ini jatuh pada musim panas , budak-budak pula gemar main di water park . Lisa cuba untuk tahan dari terkena matahari terlalu lama , tapi dah seronok main air .., mana nak ingat dunia dah . TIPS MENGHILANGKAN SUNBURN DENGAN COSMODERM , Lisa juga akan kongsikan tips lainnya dengan menggunakan bahan semula jadi .

TIPS MENGHILANGKAN SUNBURN DENGAN COSMODERM

Selaran matahari, atau lebih dikenali sebagai sunburn, boleh berlaku jika kulit kita terdedah kepada sinaran cahaya matahari di dalam jangkamasa yang lama. Andaikan selepas pulang dari percutian pantai atau pulau-pulau, kebarangkalian untuk mendapat sunburn adalah sangat tinggi. Lebih-lebih lagi jika tidak membuat persediaan awal, main terjah pergi mandi laut atau water park .

Jika pandang cermin , “Eh, hitamnya muka aku !”.

Untuk pengetahuan, faktor pemanasan juga global sering dihubungkaitkan dengan gejala sunburn.

BAGAIMANA SUNBURN BOLEH BERLAKU?

 

Sunburn akan berlaku sekiranya kulit terdedah kepada sinaran matahari secara langsung melebihi 30 minit. Kanak-kanak dan warga tua yang memiliki kulit sensitif lebih mudah terkena sunburn.

Orang berkulit cerah juga mempunyai kandungan melanin yang rendah dan mereka juga lebih mudah terkena sunburn daripada orang yang berkulit gelap. Ohmungkin sebab ini juga kulit Lisa jadi cepat terbakar .

 

BAGAIMANA MENGELAKKAN DARI TERKENA SUNBURN?

1. Anda harus menghindari sinaran matahari diantara 10 pagi dan 3 petang, kerana waktu inilah radiasi ultra ungu sangat kuat.

2. Jika anda harus melakukan aktiviti luar rumah, anda harus menggunakan losyen penghalang/penapis cahaya (sunblock/sunscreen).

APA BEZA SUNBLOCK DAN SUNSCREEN?

Sunblock bertindak menghalang cahaya matahari dan memantulkan radiasi ultra ungu daripada terkena kulit. Ia mengandungi Zink Oksida atau Titanium Dioksida. Sunblock hanya memberikan perlindungin kepada kulit secara luaran dengan menghalang radiasi Ultra Ungu Beta (UVB). Ia sesuai digunakan oleh mereka yang mempunyai kulit sensitif.

Manakala, sunscreen meresap ke dalam lapisan dermis kulit dan mampu menangkis radiasi Ultra Ungu Alpha (UVA). UVA merosakkan kulit lebih teruk berbanding UVB. Sunscreen mengandung Avobenzone dan Oxybenzone. Maka tidak sesuai digunakan mereka yang mempunyai kulit sensitif.

TERDAPAT TIGA TAHAP SUNBURN:

1. Sunburn tahap pertama atau ringan – Kulit kemerah-merahan, disertai dengan rasa sakit.

2. Sunburn tahap kedua – Terdapat gelembung yang berisi cairan, disertai rasa sakit.

3. Sunburn tahap ketiga atau berat – Perlu perhatian Doktor dengan segera.

 

TIPS MUDAH  MENGHILANGKAN  SUNBURN

Kulit manusia mampu untuk pulih sendiri. Sunburn tahap 1 biasanya akan pulih dalam masa 2 – 6 hari. Untuk membantu kulit anda pulih dan mengurangkan rasa tidak selesa, anda boleh menggunakan tip-tip yang berikut:

1. Lisa memang dah lama pakai cosmoderm VIT E , sejak tahun 2014 tak silapnya . Nah ternyata selain untuk hilangkan jeragat dan parut .. cosmoderm VITAMIN E CREAM 3000 ni boleh digunakan juga untuk merawat sunburn .  . Produk cosmoderm ni korang boleh beli secara online ataupun di guardian terdekat.

 

TIPS MENGHILANGKAN SUNBURN DENGAN COSMODERM

 

2. Cara yang kedua , Gunakan losyen yang mengandung lidah buaya (aloe vera). Lidah buaya meringankan rasa perit pada kulit dan membantu tubuh menghasilkan sel kulit yang baru. Susah nak dapatkan aloe vera ? sekarang dah rama drugstore yang jual gel aloe vera .. korang boleh gunakan itu juga. Khasiat sama sahaja.

3. Gunakan yogurt. Yogurt yang tidak bercampur apa-apa perisa (Plain Yoghurt) membantu melembapkan kulit yang terkena sunburn.

4. Gunakan cuka. Tuangkan cuka putih atau cuka epal ke atas kertas tisu dan lekatkan pada bahagian kulit yang terkena sunburn. Ianya menghilangkan rasa perit.

5. Gunakan teh hitam atau teh hijau. Teh hitam atau teh hijau mengandungi tannins dan komponen lainnya yang yang dapat mengurangkan bengkak pada kulit atau rasa pedih akibat sunburn.

6. Gunakan timun dan kentang. Potongan timun atau kentang dapat menyejukkan kulit dan meredakan rasa sakit, rasa perit, rasa gatal-gatal dan bengkak.

7. Gunakan serbuk penaik (baking soda). Campurkan baking soda dengan cuka, lalu sapukan pada kulit yang terkena sunburn sebelum tidur dan biarkan semalaman.

8. Gunakan oatmeal. Jika bahagian kulit yang terkena sunburn luas, kisar satu mangkuk oatmeal, tuangkan dalam baldi dan gunakannya untuk mandi.

TIPS MENGHILANGKAN SUNBURN DENGAN COSMODERM

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge