Sikat Yang Sesuai Untuk Penjagaan Rambut Anda

Sikat Yang Sesuai Untuk Penjagaan Rambut Anda

Kebanyakan  anda akan menggunakan sikat untuk menyikat rambut. Contohnya dalam filem Disney, banyak babak yang berkait rapat dengan menyikat rambut. Ini kerana menyikat rambut termasuk dalam rutin kecantikan. Terdapat juga diantara kita yang menjadikan rutin harian menyikat rambut lebih 30 minit dengan tujuan untuk menjadikan rambut lebih lembut. Rambut adalah mahkota wanita , bagaimana cara anda untuk penjagaan rambut kekal sihat dan tak rosak ? Mudah sahaja , selain  memakai shampoo yang sesuai , boleh juga dengan pemilihan sikat yang sesuai dengan jenis rambut.

JENIS SIKAT RAMBUT

Sikat Yang Sesuai Untuk Penjagaan Rambut
jenis sikat rambut

Sebenarnya jenis sikat yang kita gunakan mempengaruhi kualiti rambut kita kerana sikat juga ada pelbagai jenis. Jenis sikat boleh dipilih mengikut jenis rambut anda. Ada rambut yang lurus, kerinting, ikal mayang, tebal dan nipis. Anda yang mana satu?

Sekiranya kita salah pilih sikat, kita akan dapat hasil rambut yang tidak seperti yang diidamkan ataupun rambut akan rosak kerana anda memaksa rambut untuk lurus atau terbentuk mengikut kemahuan anda.

RAMBUT KERINTING
Jika memiliki rambut yang sangat kerinting, memang sangat mustahil untuk menyikatnya sehingga lurus kan.

“Sikat rambut yang sesuai adalah sikat dengan ‘gigi’ yang jarang atau tidak terlalu rapat.” – Dipetik dari kata-kata Kevin Mancusso, Creative Director do Nexxus, sebuah perusahaan hair care product.

RAMBUT IKAL
Rambut yang dianggap paling sempurna adalah rambut lurus dan bersinar. Tapi bagi rambut yang berjenis ikal adalah sedikit kerinting bukan bererti tidak boleh kelihatan lurus dan bersinar.

Cara terbaik untuk mengawal rambut ikal adalah dengan memperbaikinya dengan penggunaan syampu dan condotioner yang tepat.

Kemudian gunakan produk styling yang mampu meluruskan rambut anda. Jenis sikat yang paling sesuai adalah sisi dengan gigi yang lembut dan agak rapat.

RAMBUT BASAH.
Salah satu kebiasaan yang memberi kesan buruk pada rambut adalah menggunakan pengering rambut selepas mencuci rambut.

Jika anda tidak ingin keluar rumah dengan rambut yang basah, gunakan sikat yang bergigi jarang dan punya tekstur yang lembut. Hal ini akan menghindarkan kerosakkan rambut, kerna rambut yang basah ketika disikat akan membuatnya mudah rosak dan gugur.

RAMBUT BERVOLUME
Untuk menghasilkan rambut yang lebih bervolume, gunakan sikat bulat besar dengan gigi yang agak rapat. Sikat bulat ini boleh digunakan untuk membuat rambut lebih volume.

“Secara umum, sikat bulat adalah seikat yang terbaik umtuk menambahkan bentuk dan volume rambut. Semakin kecil diameter sikat, maka rambut akan semakin bervolume dengan sedikit bergelombang”.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge