Bercuti Hari Raya Aidilfitri Di Langkawi

Salam Aidilfitri
Bila kita fikir tentang Hari Raya Aidilfitri, kita fikir tentang baju raya, kuih raya, balik kampung, makan lemang dan rendang. Redah traffic jam pun salah satu yang ada dalam fikiran kita. Macam mana pula yang memang asal dari bandar, raya setiap tahun pun di bandar, meriah raya di bandar pun semakin kurang buatkan kita akan duduk termenung. Haa jangan termenung sangat. Aku rasa dah tiba masanya untuk kita berfikir di luar kotak. Apa kata raya aidilfitri pada tahun ni kira pergi beraya di tempat bercuti. Bayangkan of course tak ramai sebab ramai balik kampung, and mesti suasananya berbeza dengan hari raya yang biasa kita hadap dulu

BERCUTI HARI RAYA DI LANGKAWI

Bercuti Hari Raya Aidilfitri Di Langkawi

So salah satu destinasi nak bercuti di hari raya adalah Langkawi. Naik feri di Jetty Kuala Perlis, sampai Langkawi terus ambik kereta sewa dan pergi ke pantai Cenang. Haa sebelum korang buat tu korang book dulu hotel. Kat mana nak book dengan senang, sudah semestinya dengan Traveloka. Kat Traveloka tu korang search destinasi korang so akan keluar list hotel yang ada masa raya nanti. Book terus so nanti takdelah fully book. Make sure korang pilih yang ada review yang paling bagus so korang dapat experience cuti raya korang dengan efektif.

Ok, sekarang korang dah boleh plan apa nak dibuat disini dalam 3 hari. Lepas check in, korang kena pergi ke Gunung Mat Cincang, untuk naik skycab (cable car), tapi kalau orang ramai, korang boleh tengok 6D dulu, then baru ke puncak gunung dengan skycab. Lepak di atas sampai matahari hampir terbenam dan pekerja-pekerja kat situ akan suruh semua pengunjung turun hehehehehe sebab dah nak malam. Dinner pulak nanti korang boleh makan kat Pantai Cenang. Kat situ ada banyak restoran yang menarik. Then korang boleh merayau sekitar kedai-kedai area sepanjang Pantai Cenang. Kalau perut korang lapar lagi , korang boleh makan kat Telaga Seafood. Harganya mahal juga tapi masakannya sedap.

KILIM GEOFOREST PARK

KILIM GEOFOREST PARK
KILIM GEOFOREST PARK – sumber; google

Korang boleh ambik pakej ke mangrove. Pakej-pakej boleh dibeli di mana2 travel agent yg mmg banyak kat Langkawi. Pakej ni korang boleh naik 1 bot (tak kongsi ngan org lain). Menyusuri paya bakau, singgah tempat monyet2 yg banyak (jgn lupa bawa makanan/buah), then singgah kawasan bagi helang makan. Singgah di gua kelawar, masuk dalam gua berjalan kaki sambil menikmatan keindahan gua. Then menyusuri sungai terus melalui gua buaya dengan bot (crocodile cave), then terus ke KLIM. Boleh nampak Thailand. Melalui laut terbuka, terus ke tempat ternakan ikan yang besar2. Ada juga restoren tapi org terlalu ramai. Pas tu korang try singgah Tanjung Rhu, Makan pun kat situ pun boleh cuma kedainya tak banyak pilihan.

 

Lepas tu korang boleh balik bilik, lepak2 kejap then try pergi ke pekan Kuah. Sesapa yg ke Langkawi wajib makan kat Restoran Wan Thai. Masakan thainya memang 1st class. Tapi aku tak sure Raya nanti dia buka ke tak. Haha. Then korang kena ke HIG beli coklat, make sure sampai penuh trolley dengan coklat. Balik jer dari pekan Kuah, korang mesti sempat merayau lagi kat kedai2 di Pantai Cenang dan sempat try mengurut (kat situ banyak tempat mengurut) selepas penat seharian berjalan.

haji ismail group di langkawi

Lepas korang check out korang boleh singgah di Waterworld, tengok ikan, then terus ke jetty. Sebelum naik ferry singgah lg 1 outlet HIG (haji Ismail group) kat jetty, kali ni korang make sure beli benda yang korang susah nak jumpa kat mana-mana. Setel je barulah korang boleh balik ke rumah korang, ceritakan pengalaman korang pergi bercuti masa raya. Ha dah sampai dalam kawasan barulah korang boleh planning nak ziarah menziarahi supaya korang boleh merasa ketupat, lemang, rendang dan kuih raya korang. Sedap-sedap makan nanti jangan lah berlebihan ya, kena jaga kesihatan supaya next time korang boleh pergi bercuti di tempat lain dengan book di Traveloka.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge