Perbedaan Purging dan Breakout

Pernah tak bila dah cuba produk baru, tiba-tiba muka naik jerawat ? Kita risau dan terus fikir produk tadi buat muka kita breakout. Tapi mungkin jerawat yg keluar akibat ‘purging‘. Pernah dengar tentang ‘purging’ ? Jom baca Perbedaan Purging dan Breakout

Perbedaan Purging dan Breakout

Mesti pernah jadi dalam hidup bila kita cuba sesuatu produk, dalam tempoh 1-2 hari muka mula meragam. Jerawat mula tumbuh merata-rata dan kulit kita tak ubah seperti kuih kole kacang (kalau tahulah kuih ni ). Tapi boleh jadi, ada sinar harapan di sebalik badai ni . Jom kenali Perbedaan purging dan breakout.

Purging dalam bahasa mudahnya, muka jadi lebih teruk dari sebelumnya. Breakout pun ada definisi yg lebih kurang juga. Tapi yg membezakan kedua-dua ni adalah, while purging akan janjikan pelangi selepas hujan, breakout akan semakin teruk dan mengganas menjadi tsunami. Purging berlaku apabila bahan active dalam produk yg anda baru perkenalkan kepada kulit melakukan tugas mereka. Anda kena ingat, jerawat yg tumbuh pada muka hari ini, sebenarnya tunggu masa nak keluar je dan dah terhasil sejak beberapa minggu lepas lagi.

KENALI APA ITU PURGING DAN BREAKOUT

Jadi, mungkin lain org ada lain pendapat, but based on pengalaman dan pembacaan aku, kalau kita perkenalkan produk baru dalam tempoh 1-2 hari & jerawat mula keluar, bukan produk yg baru itu puncanya. Produk tu cuma buat kerja dia, menghalau jerawat tersembunyi yg mengkhianati kita
Jadi jangan gelabah dulu kalau baru cuba produk 1-2 hari, jerawat naik dan terus nak bakar produk tu tanda protes. Sabar. Boleh jadi produk tu nak bantu kita jadi cantik. Tapi dia terpaksa bagi the ugly truth dulu. Tapi penting juga kita bezakan breakout dan purging

Oleh kerana accelerated exfoliation yg berlaku untuk unclog pores, kotoran, minyak & bacteria yg terkumpul dalam kulit , itu yg kita nampak banyak jerawat baru tumbuh especially skincare yg ada bahan retinoid, alpha & beta hydroxy acids. Retinoid increase rate of cell turnover. Jadi sebenarnya, dgn produk yg baru kita perkenalkan pd kulit muka dan mengandungi bahan aktif, sooner or later jerawat tadi akan keluar juga. Tapi produk ni tadi percepatkan lagi proses dia keluar. Skin also akan renew itself for every 28 days. Jadi u might wanna stick to it.  Baca juga Cara Melicinkan Kulit dari Jerawat

Jika jerawat tumbuh akibat produk baru, cuba amalkan produk tadi for at least 3-4 weeks. Kalau sekadar jerawat baharu sahaja tumbuh, okaylah. Tapi kalau irritation kulit mcm pedih, merah-merah, rasa ketat, gatal dan sebagainya selain jerawat, boleh stop terus sbb tu irritation.
Tapi jika sekirang lepas 4 minggu dan muka semakin teruk, jerawat dah jadi lost count dan takde tanda-tanda surut langsung, maka mungkin muka anda memang tengah breakout dan produk tadi tak sesuai dengan muka anda. Please stop cuba product baru, cuba semak active ingredients ni.

Pilih Produk Yang Terdapat Active Ingredients

Jika ada dalam product tersebut, anda kena get readuly mental and physical untuk purging. Spend masa sikit untuk baca kandungan produk sebelum beli okay 👌

Active ingredients :
1. Benzonyl Peroxide.
2. Retinoids (adapalene, retinyl pamitate, tretinoin, tazarotene, retinol, isotretinoin).
3. Hydroxy acid (glycolic, lactic, malic, mandelic, salicylic, lactobionics, gluconolactone, fruit acid).
4. Vit C (ascorbic, ascorbyl phosphate/palmitate).

Jika dalam skincare ada active ingredienta dan dalam seminggu penggunaan ada jerawat baharu tumbuh, besar kemungkinan anda sedang purging dan bukan breakout which product tadi percepatkan proses keluarkan anasir jahat dalam muka. Tapi jika product baru anda takde active ingredients pun (clay mask, oil cleanser, serum, cleanser, moisturizers yg takde active ingredients) dan buatkan muka anda mengamuk tak tentu pasal, watch out. Produk tersebut mungkin tak sesuai dgn kulit anda and u might nak consider stop

Formula dia mudah je, kalau dah guna produk for at least 3-4 weeks dan masih takde improvement or jadi lagi teruk, anda breakout akibat produk tadi. Jika merah, pedih, ketat maka produk tadi irritate your skin. Purging should keluarkan dulu jerawaf dan hasil yg cantik selepas itu.
Ada juga situasi dia tambah chemical exfoliant dlm rutin dan muka lagi bercambah-cambah jerawat which is cmom reaction since chemical exfoliant, mostly fungsi dia utk tangkap dan bawa keluar dead skin cell. Maka oil, dirts, bacteria will prevail as for me, kalau takde keperluan untuk guna chemical exfoliant (I know some of us takut dengar acid and all) so aku guna facial machine dari Mary Kay .

That’s all about purging. Google and baca more about this. As long as you consistent and sentiasa peka dgn keadaan kulit muka you, everything will be alright. Baca review is fine but kena ingat, apa yg bagus utk dia, tak semestinya bagu utk saya. Tahu ingredients lagi penting 👌 .

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge