• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Beauty
  • Lifestyle
  • Cinta
  • Tutorial
  • Travel
  • Cara
  • Kewangan

Lisa.my

Blog Cik Sepet

Sikat Yang Sesuai Untuk Penjagaan Rambut Anda

July 7, 2017 by bloggergiler 1 Comment

Sikat Yang Sesuai Untuk Penjagaan Rambut Anda

Kebanyakan  anda akan menggunakan sikat untuk menyikat rambut. Contohnya dalam filem Disney, banyak babak yang berkait rapat dengan menyikat rambut. Ini kerana menyikat rambut termasuk dalam rutin kecantikan. Terdapat juga diantara kita yang menjadikan rutin harian menyikat rambut lebih 30 minit dengan tujuan untuk menjadikan rambut lebih lembut. Rambut adalah mahkota wanita , bagaimana cara anda untuk penjagaan rambut kekal sihat dan tak rosak ? Mudah sahaja , selain  memakai shampoo yang sesuai , boleh juga dengan pemilihan sikat yang sesuai dengan jenis rambut.

JENIS SIKAT RAMBUT

Sikat Yang Sesuai Untuk Penjagaan Rambut
jenis sikat rambut

Sebenarnya jenis sikat yang kita gunakan mempengaruhi kualiti rambut kita kerana sikat juga ada pelbagai jenis. Jenis sikat boleh dipilih mengikut jenis rambut anda. Ada rambut yang lurus, kerinting, ikal mayang, tebal dan nipis. Anda yang mana satu?

Sekiranya kita salah pilih sikat, kita akan dapat hasil rambut yang tidak seperti yang diidamkan ataupun rambut akan rosak kerana anda memaksa rambut untuk lurus atau terbentuk mengikut kemahuan anda.

RAMBUT KERINTING
Jika memiliki rambut yang sangat kerinting, memang sangat mustahil untuk menyikatnya sehingga lurus kan.

“Sikat rambut yang sesuai adalah sikat dengan ‘gigi’ yang jarang atau tidak terlalu rapat.” – Dipetik dari kata-kata Kevin Mancusso, Creative Director do Nexxus, sebuah perusahaan hair care product.

RAMBUT IKAL
Rambut yang dianggap paling sempurna adalah rambut lurus dan bersinar. Tapi bagi rambut yang berjenis ikal adalah sedikit kerinting bukan bererti tidak boleh kelihatan lurus dan bersinar.

Cara terbaik untuk mengawal rambut ikal adalah dengan memperbaikinya dengan penggunaan syampu dan condotioner yang tepat.

Kemudian gunakan produk styling yang mampu meluruskan rambut anda. Jenis sikat yang paling sesuai adalah sisi dengan gigi yang lembut dan agak rapat.

RAMBUT BASAH.
Salah satu kebiasaan yang memberi kesan buruk pada rambut adalah menggunakan pengering rambut selepas mencuci rambut.

Jika anda tidak ingin keluar rumah dengan rambut yang basah, gunakan sikat yang bergigi jarang dan punya tekstur yang lembut. Hal ini akan menghindarkan kerosakkan rambut, kerna rambut yang basah ketika disikat akan membuatnya mudah rosak dan gugur.

RAMBUT BERVOLUME
Untuk menghasilkan rambut yang lebih bervolume, gunakan sikat bulat besar dengan gigi yang agak rapat. Sikat bulat ini boleh digunakan untuk membuat rambut lebih volume.

“Secara umum, sikat bulat adalah seikat yang terbaik umtuk menambahkan bentuk dan volume rambut. Semakin kecil diameter sikat, maka rambut akan semakin bervolume dengan sedikit bergelombang”.

Filed Under: Beauty, CARA, Lifestyle

Cara Pasang Google Analytics WordPress

April 11, 2017 by Cik Sepet 1 Comment

Cara memasang GoogleAnalytics di WordPress

Dah lama rasanya tak pasang google analytics , semalam try la pasang dekat blog testing . Lisa  kena pasang juga di wordpress lisa.my . Mana la tahu nanti dah ada viewer beribu-ribu walaupun baru 3 artikel je dalam blog ini. Haha berharap sangat ! If nak tahu apa itu Google Analytics, korang boleh rujuk di entri ini : Cara Pasang Google Analytics di Blog . Untuk cara pasang google Analytics di WordPress ni ada banyak cara , boleh guna plug in dan boleh guna manual iaitu pasang code di html template WP. So .. jom baca tutorial Lisa !

Tutorial Cara Pasang Google Analytics di WordPress

Lisa akan terangkan cara pasang G.A secara manual sebab rasanya lagi senang takperlu install plugin bagai . Apapun .. jom baca .
1. Signup akaun google analytics di https://analytics.google.com/analytics/web/provision/?authuser=0#provision/SignUp/

2. Isikan detail dalam tu dengan lengkap . Lepastu tekan Get Tracking ID untuk dapatkan code seperti dibawah ini.

cara pasang google analytics wordpress

3. Lepas dapat code diatas , buka dashboard akaun wordpress .
Pergi ke : –
Appreance – Editor –  Theme Footer (footer.php) .

 

Lepas tu masukkan script code tadi , <script> xxxxxxxxxxxxxxxx</script> . Copy dari google analytics yang daftar tadi . Masukkan dalam coding template tu sebelum <body> . Rujuk gambar no. 4 .  Scroll kebawah dan tekan Update FILE .

Kini Google analytics dah siap pasang di blog wordpress korang . Senang sahaja walaupun cara manual .

cara pasang google analytics di wordpress

Kenapa google analytics tu penting ?

Sekali lagi Lisa tekankan, kenapa google analytics tu penting ? Sebab memudahkan korang untuk check berapa banyak trafik di entry korang , berapa banyak user online dan keyword apa yang selalu cari dalam blog . Trafik banyak , boleh la up rate card harga blog korang kepada client. Nak ceritakan detail satu persatu macam banyak pulak, hehehe. After dah daftar akaun google analytics tu nanti rajin-rajin la skodeng apa sahaja yang ada di dalam tu .

Bukan hanya memudahkan kerja , tapi juga boleh jadikan rujukan untuk menulis idea artikel dalam blog. Lisa letew . Hahaha..

Selamat mencoba !

Filed Under: TUTORIAL, CARA Tagged With: CARA, Tutorial, WORDPRESS

Cara Meluruskan Rambut Dengan Shiseido

April 10, 2017 by Cik Sepet 8 Comments

Luruskan Rambut / Rebonding dirumah dengan Shiseido .

Hai uall’s , kali ini Lisa nak cerita tips cara Cara meluruskan rambut dengan Shiseido by DIY (Do It Youself ) .Sesuai sangat untuk korang yang bertudung  dan nak rambut lurus , segan ke salon sebab bukan semua tempat ada salon muslimah , kan ? Untuk Lisa , biasa gunakan brand Loreal atau Shiseido . Paling best korang guna Shiseido la , harga pun boleh tahan wow kebambom . Ala beza sikit dari Loreal  , kalau di kira-kira lagi dengan buat dekat salon .. masih boleh jimat banyak. . Check it out !

Korang boleh pilih jenama macam diatas tu Chrystallizing Straight Shiseido  , rekomended !  Memang 2 paket 2 kena beli semua , jangan beli 1 je. nanti tak lurus . Chrystallizing Straight Shiseido -Thermal Straight system dan Chrystallizing Straight Shiseido – Intermal Straight System . Bau ni tak kuat sangat.. jadi takdela sakit hidung gitu macam kebanyakan ubat rambut yang murah .

Peralatan yang perlu ada untuk luruskan rambut .

Sebelum tu korang boleh siapkan beberapa peralatan yang perlu disediakan untuk luruskan rambut ini. Boleh beli  atau gunakan tuperware plastik dirumah. Pastikan lepas guna nanti kena buang la , jangan letak makanan pulak. Hehehe 😀

1- Ubat pelurus rambut .

a.Chrystallizing Straight Shiseido -Thermal Straight system.

b. Chrystallizing Straight Shiseido – Intermal Straight System

 

2.- Sikat rambut plus brush untuk sapukan ubat pada rambut.

 

3.- Sarung tangan plastik .

4. Kain penutup badan .

5.- Penyepit rambut

6.- mangkuk Plastik
7.- Iron Rambut .

Bowl with peroxide and brush

 

So let’s do it !!

Cara Meluruskan Rambut dengan Shiseido

Step 1 ;
Cuci rambut dengan bersih kemudian keringkan . Pakai kain kalis air untuk elak ubat pelurus rambut tu melekat di baju , boleh gantikan dengan plastik sampah warna hitam yang besar tu . Tuang ubat Shiseido yang pertama Chrystallizing Straight Shiseido -Thermal Straight system. kedalam bekas , secukupnya . Agak-agak berapa panjang dan tebal rambut korang . Lepastu bertahap .. dari rambut paling bawah (bahagian tengkuk ) keatas. Buat step dari akar rambut ke hujung rambut .

Tunggu 15-20 minit sampai meresap ubat tu kedalam rambut . Untuk tahu ubat tu dah meresap ke belum , cuba tarik sehelai rambut dan tengok dah lembut atau keras kejung lagi . Kalau dah lembut.. dah boleh pergi cuci rambut tu . Kalau belum .. tunggu la sampai 5-10 minit gitu .


Step 2 .
Keringkan rambut yang dah dicuci bersih tadi . Pastikan betul-betul kering . Lepas tu , luruskan rambut dengan iron rambut , step by step ala.. macam kat salon tu . Ambil rambut sedikit demi sedikit dan iron . Lepas iron rambut , sapukan ubat Shiseido no 2 Chrystallizing Straight Shiseido – inThermal Straight system.. Ulangi langkah seperti step pertama diatas tadi. Cuci dan bilas rambut kemudian keringkan .SIAP !

 

TIPS :
Untuk yang dah pernah buat rebonding , sapu ubat treatment atau moisturize ( lupa pulak nama ubat tu ) sebelum buat rebonding . Kalau tak nanti rambut rosak , keras macam penyapu lantai .

Nasihat aku; kalau dah buat apa-apa chemical hairdo, janganlah lokek nak maintain rambut. paling-paling busuk pun belilah shampoo set yang khas untuk rambut tu . Pakai conditioner. kalau rajin, pakai serum. untuk yg free hair, serum wajib. nak prevent dari split ends sebab selalu terdedah kepada matahari. prevent ye..bukan repair. ends kalau dah split memang takleh nak ‘gam’ dah. potong je jawabnya.sebulan sekali buat treatment, kalau takde budget nak pegi salon then beli dan buat sendiri. bukan susah pun.Bukan apa, kalau dah buat chemical hairdo ni biasanya kita mesti lah nak touch up balik so nanti chemical tu letak lagi kat rambut..lagi bertambah-tambahlah teruknya rambut tu.

Memang ada orang yang rajin buat chemical hairdo kat rambut dia tapi elokkk je rambut dia. tapi cuba tanya dia, macamana dia maintain? itu lah rahsia dorang yang rambut berkilau-kilau tu.
Buat rambut 2-3ratus, ada yang 5-6ratus, ape lah sangat shampoo set dalam rm90 kan. eheeee

Filed Under: Beauty

Kebahagiaan Itu Sebuah Pilihan

January 17, 2017 by Cik Sepet 4 Comments

Semua Tentang Cinta

Mungkin banyak dari sahabat yang pernah merasakan namanya jatuh cinta,yaa sama seperti Lisa.

Namun bukan seberapa besar kamu mempunyai cinta itu , akan tetapi seberapa besar kamu mengorbankan apa yang kamu perjuangkan.

Dan Alangkah baiknya.. kita belajar mencintai ketidak-sempurnaan seseorang yang kita cintai … secara sempurna ,kerna kebahagian itu adalah sebuah pilihan.

Belajar mencintai seseorang yang masih milikmu

Pepatah mengatakan bahawa belajarlah mencintai seseorang yang hari ini masih milikmu .

Sebelum dia pergi dan membencimu .

Kerana mungkin esok tak akan ada lagi cinta  untukmu,

 

Bahkan mungkin esok kamu yang akan lebih mencintainya .

Kerana sesuatu akan terasa berharga ketika semuanya yang telah hilang.

 

Semua tentang cinta,

Semua tentang Rasa ,

Kerana semua tentang kita.

 

Sebab itu, jagalah cinta yang kalian miliki.

Filed Under: Cinta

Cara Make-up Simple Dan Cantik

December 28, 2016 by Cik Sepet 3 Comments

Cara Make-up Simple Dan Cantik

Asssalamualaikum , Hye …. setelah sekian lama terbiar akhirnya Lisa ada kerajinan untuk mulakan menulis dalam blog ini. Korang pergi kerja pakai make-up tak ? 80% wanita akan menjawap ‘ya’ . Lisa sendiri kadang makeup kadang tak , tapi takla nampak pucat lesu ,, sekurangnya pakai lipsbalm dan compaq powder… itupun dah kira make-up okeyh .  Makeup sehari-hari untuk bekerja , lebih suka yang light je . Kat sini mana sama macam kat banda besar sana , over makeup nanti orang ketawa pulak . Haahaha..

set makeup maybelline

SET Make-up dari Maybelline yang Lisa pakai :
1. BB clear smooth , spf50+-Maybelline
2. Vface Blush Contour -Maybelline
3. Dream Liquid Mousse Maybelline code 3 (light)
4. Lipstik Rossy Matte -Maybelline

dan untuk kening , Lisa gunakan Fashion Brow sharp pencil dari Maybelline juga.
Nah Lisa kongsikan cara paling senang untuk makeup yang ringan , tak heavy .
Langkah 1 : Bersihkan muka korang dan kemudian sapu dengan toner , sebelum pakai moisturiser atau serum . Tapi macam banyak step pula.. Lisa biasanya akan pakai jeBio Essence mineral water , banyak kegunaan dalam 1 spray je . Jaga kelembaban muka dan juga akan buat foundation korang tahan lama .

 

 

B.B white Maybelline Clear Smooth
BB clear smooth , BB white spf50+-Maybelline

Langkah kedua : Sapukan sedikit Clear Smooth secara merata di seluruh muka . B.B white lisa pilih code fresh . Pemilihan code ni sesuaikan dengan warna dan jenis kulit korang ye . Bentuk cair dan mudah di blend untuk tutup parut atau tempat yang tak berapa rata .

Langkah ketiga : Sapukan Dream Liquid Mousse Maybelline code 3 (light) , pam dua kali di telapak tangan kemudian calit di muka . Ratakan dengan guna brush , atau span atau jari tangan pun boleh (pastikan tangan korang tu bersih kay ! )  .

Langkah ke empat : Pakai loose powder dibawah mata , tujuan lose powder ni untuk elakkan atau kurangkan muka jadi berminyak dan makeup cair nanti . Lisa biasa guna bedak baby gohson powder tu jek . heheehe.,.

Rosy Matte Maybelline
Rosy Matte Maybelline

Langkah ke lima : Pakai lipstik Rose Matte Maybelline , jenis matte dan setakat ni lisa suka pakai kaler ni , nampak natural .

Langkah terakhir .. korang pakai je V-face Blush contour untuk nampakkan muka korang berseri tak pucat , also.. yang nak nampak muka tirus atau bulat.. boleh ikut instruction di belakang bekas V-face ni .

Dah hasilnya ,, tadaaa… siap ! Pakai sikit-sikit je .. muka pun ringan tak rasa heavy .

Beauty Blogger ciksepet
See u on my next tutorial . :d

Filed Under: Beauty Tagged With: Beauty, kecantikan, lifestyle, make-up, Tutorial

  • « Go to Previous Page
  • Go to page 1
  • Go to page 2
  • Go to page 3

Primary Sidebar

  • Bercuti Hari Raya Aidilfitri Di Langkawi 14 comments | 70 views
  • Cara Meluruskan Rambut Dengan Shiseido 8 comments | 1,581 views
  • Kebahagiaan Itu Sebuah Pilihan 4 comments | 14 views
  • Cara Make-up Simple Dan Cantik 3 comments | 949 views
  • Cara Mencantikkan Kuku 3 comments | 498 views
  • Cara Melicinkan Kulit Muka Dari Jerawat 3 comments | 649 views
  • Cara Pasang Google Analytics WordPress 1 comment | 22 views
  • Sikat Yang Sesuai Untuk Penjagaan Rambut Anda 1 comment | 37 views
  • Perbedaan Purging dan Breakout 1 comment | 37 views
  • Cara Menghilangkan Jerawat Pasir 1 comment | 5,987 views

Recent Comments

  • Rizqa on Cara Meluruskan Rambut Dengan Shiseido
  • cyra on Cara Meluruskan Rambut Dengan Shiseido
  • Christina on Cara Meluruskan Rambut Dengan Shiseido
  • Temie on Cara Meluruskan Rambut Dengan Shiseido
  • Jaja Zaleha on Cara Melicinkan Kulit Muka Dari Jerawat

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Copyright © 2021 · Lifestyle Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in