• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Beauty
  • Lifestyle
  • Cinta
  • Tutorial
  • Travel
  • Cara
  • Kewangan

Lisa.my

Blog Cik Sepet

Perbedaan Purging dan Breakout

November 2, 2018 by Cik Sepet 1 Comment

Pernah tak bila dah cuba produk baru, tiba-tiba muka naik jerawat ? Kita risau dan terus fikir produk tadi buat muka kita breakout. Tapi mungkin jerawat yg keluar akibat ‘purging‘. Pernah dengar tentang ‘purging’ ? Jom baca Perbedaan Purging dan Breakout

Perbedaan Purging dan Breakout

Mesti pernah jadi dalam hidup bila kita cuba sesuatu produk, dalam tempoh 1-2 hari muka mula meragam. Jerawat mula tumbuh merata-rata dan kulit kita tak ubah seperti kuih kole kacang (kalau tahulah kuih ni ). Tapi boleh jadi, ada sinar harapan di sebalik badai ni . Jom kenali Perbedaan purging dan breakout.

[Read more…] about Perbedaan Purging dan Breakout

Filed Under: Beauty

Bercuti Hari Raya Aidilfitri Di Langkawi

June 12, 2018 by Cik Sepet 14 Comments

Salam Aidilfitri
Bila kita fikir tentang Hari Raya Aidilfitri, kita fikir tentang baju raya, kuih raya, balik kampung, makan lemang dan rendang. Redah traffic jam pun salah satu yang ada dalam fikiran kita. Macam mana pula yang memang asal dari bandar, raya setiap tahun pun di bandar, meriah raya di bandar pun semakin kurang buatkan kita akan duduk termenung. Haa jangan termenung sangat. Aku rasa dah tiba masanya untuk kita berfikir di luar kotak. Apa kata raya aidilfitri pada tahun ni kira pergi beraya di tempat bercuti. Bayangkan of course tak ramai sebab ramai balik kampung, and mesti suasananya berbeza dengan hari raya yang biasa kita hadap dulu

BERCUTI HARI RAYA DI LANGKAWI

Bercuti Hari Raya Aidilfitri Di Langkawi

So salah satu destinasi nak bercuti di hari raya adalah Langkawi. Naik feri di Jetty Kuala Perlis, sampai Langkawi terus ambik kereta sewa dan pergi ke pantai Cenang. Haa sebelum korang buat tu korang book dulu hotel. Kat mana nak book dengan senang, sudah semestinya dengan Traveloka. Kat Traveloka tu korang search destinasi korang so akan keluar list hotel yang ada masa raya nanti. Book terus so nanti takdelah fully book. Make sure korang pilih yang ada review yang paling bagus so korang dapat experience cuti raya korang dengan efektif.

[Read more…] about Bercuti Hari Raya Aidilfitri Di Langkawi

Filed Under: TRAVEL Tagged With: TRAVEL

Review Lip Tint Maybelline Color Sensational

March 19, 2018 by Cik Sepet Leave a Comment

Review Lip Tint Maybelline Color Sensational

Assalamualaikum ! Monday Blue , setiap hari isnin ramai yang akan terkena monday blue sebab lambakan kerja dan juga kerja selepas bercuti . Untuk Lisa pula , hari Isnin hari yang kurang dari kertas kerja . Ahakss.. Lama sungguh tak bersiaran dalam ini. Kali ini Lisa ingin berkongsi review lip tint  Maybelline. Bibir comel merah menyerlah dengan Lip Tint Maybelline code 12 . Sebelum ini Lisa juga kongsikan make-up simple dengan Maybelline .

REVIEW LIP TINT MAYBELLINE

Merah Menyerlah dengan Lip Tint Maybelline Color Sensational Code 12

Antara Lipstick mate dengan Lip Tint , Lisa lebih suka gunakan Lip Tint sebab rasa macam lebih muda dan boleh buat gaya ala korean gitu . Kalau Lipstick ni kena oleskan di bibir secara full coverage . Jadi nampak lebih tua . Merah menyerlah dengan Lip Tint Lipstik Maybelline code 12 , jangan la apply di full bibir nanti macam makcik havoc pulak . Merah gila ! Nanti Lisa ajar bagaimana cara pakai lip tint ini agar nampak tetap muda dan tak nampak garang walaupun warna merah terang .

LIPSTICK LIP TINT MAYBELLINE CODE 12 RED

Maybelline Color Sensational Lip Tint

Bibir akan nampak terserlah dan sentiasa lembab . Hah kalian tengok sahaja gambar awal tadi , nampak terang bukan ? Mesti ingat kena sapu banyak kali . Salah ! Lisa hanya sapu sekali sahaja … Biarkan sekejap dan warna tu akan mula naik perlahan-lahan.

Kelebihan Lip Tint Maybelline Color Sensational :
-Bibir berseri  dan memberikan kelembapan sepanjang hari dan warna.
-Diperbuat dengan formula water lock-in  yang menyediakan pelembapan untuk kalian sepanjang hari.
-Shortest flock untuk sapuan tipis yang akan memberikan warna lebih terang .

LIP TINT MAYBELLINE CODE 12
LIP TINT MAYBELLINE CODE 12 -Warna Merah Terang untuk serlahkan bibir

Cara pemakaian : 
Agar usia kekal kelihatan muda , Lisa hanya sapukan pada tengah bibir bahagian atas secara tipis dan kemudian bahagian bibir bawah agak tebal . Sapu satu kali sahaja tau sebab warna tu akan naik dengan  sendirinya .

Jika untuk hadiri majlis boleh juga sapukan rata bermula dari bibir atas dan kemudian full coverage sepanjang bibir bawah . Ikut pada garisan bibir.

 

REVIEW LIP TINT MAYBELLINE CODE 12

Harga Maybelline Color Sensational Lip Tint dalam Rm34.90

Filed Under: Beauty, Lifestyle Tagged With: Beauty, kecantikan, lifestyle

Cara Melicinkan Kulit Muka Dari Jerawat

January 29, 2018 by Cik Sepet 3 Comments

Cara Melicinkan kulit muka dari jerawat

Cara melicinkan kulit muka dari jerawat  , Lisa lebih suka gunakan petua secara traditional atau menggunakan bahan semula jadi . Jerawat , datang nya tak dijemput perginya di alu-alukan . Iyelah.. sipa yang seronok kalau nampak jerawat di muka ni , boleh jadi kemurungan dan kurang percaya diri . Lebihnya untuk perempuan kalau datang Haid setiap bulan . Kemungkinan untuk tumbuh jerawat lebih besar . Sama macam Lisa baru-baru ini la , jerawat timbul beberapa ketul dipipi . Rasa nak nangis pun ye juga , lama gila melekat kat muka .

 

cara melicinkan kulit muka dari jerawat

Yogurt , selain untuk diet ,, ternyata yogurt juga boleh licinkan kulit tau . Semua orang memang inginkan kulit licin , halus dan gebu kan , sama la seperti Lisa . Kulit terdedah dengan bakteria juga matahari akan rosakkan sel-sel kulit kita dan jadi kering , kasar serta mati . Cara yang mudah ialah dengan pergi SPA , manjakan diri kita , ye betul.. tapi berapa banyak kos yang akan keluar dari poket ?? mesti mahal kan . Cara mudah untuk dapatkan kulit muka yang gebu dan licin ialah dengan scrub . Korang boleh beli di mana-mana je , senang nak dapat. Apakata korang buat sendiri scrub tu , jom Lisa kongsikan !

Yogurt

Cara Melicinkan Kulit Muka dengan Bahan Semula Jadi

Ada banyak cara untuk dapatkan kulit yang licin . Tapi kali ini Lisa akan share 1 cara yang senang dengan bahan-bahan yang sedia ada di dapur kita .

Bahan-bahan

– Yogurt ( pilih yang  Natural )

– Kopi serbuk yang secukupnya .

– Air secukupnya

Korang boleh beli kopi yang bijirin tu dan kemudian kisar sendiri . Atau kalau nak senang , beli yang dah siap . Pastikan original kopi sahaja tak ditambah dengan gula atau bahan-bahan lainnya .

Caranya : Campurkan Yogurt 1 cup kecil  dan kopi serbuk 4 sudu , buat acuan agak-agak sesuai dengan adunan berapa banyak yang korang nak . Siap dah jadi scrub.

Ambil scrub kopi tadi , kemudian gosok secara perlahan di kulit tangan , kaki atau mana-mana anggota badan korang  . Maka tertanggalah dakidan kotoran yang melekat di kulit . Scrub ini korang boleh korang guna untuk bersihkan kulit muka , tapi kena ingat.. jangan gosok terlalu kuat . Nanti jadi pedih dan calar pula muka tu . Lepas tu bilas dengan air bersih , tak perlu gunakan sabun tau .

CARA MELICINKAN KULIT MUKA DARI JERAWAT

Lisa memang bukan jenis rajin pakai foundation or ber-makeup . Dah 3 hari ini pergi kerja hanya letak pelembab muka je , sebab aritu tersalah makan la kot ,, muka jadi naik ruam merah dan bernanah .Scary gak, sama ada muka alergik antibiotik atau sebab makan ikan masin . Nak tunjuk tangan licin tak boleh , tepek gambar muka ja la . ahaks ! itu je la perkongsian petua cara dapatkan kulit licin dan gebu dengan mudah . Jimat masa, jimat duit , dan anytime korang boleh lakukan dirumah .

Selamat mencoba  ! salam sayang selalu.

Filed Under: Beauty Tagged With: Beauty, CARA, kecantikan

Cara Mencantikkan Kuku

August 20, 2017 by bloggergiler 3 Comments

Cara Mencantikkan dan Penjagaan kuku Sihat

Dari kecil kemungkinan kita tidak terdedah kepada pentingnya menjaga kuku, maka keadaan kuku tidak diambil berat. Ada yang suka gigit kuku, dan ada yang suka biarkan kuku panjang, juga ada yang suka potong kuku sependek-pendeknya. Menjaga kuku adalah sama nilainya seperti menjaga kecantikan kulit, rambut dan anggota yang lain. Akan tetapi ramai lagi masih yang tidak ketahui bagaimana ingin menjaga kuku supaya sentiasa berada dalam keadaan sihat dan cantik. Banyak keburukan yang bakal timbul sekiranya kita tidak menjaga kuku dengan baik. Di sini saya ada beberapa petua atau cara mencantikkan  kuku  untuk anda.

 

cara mencantikkan kuku
petua kilatkan kuku

Penjagaan Mencantikkan Kuku

Mencantikkan kuku yang lain diantaranya dengan penjagaan bermula dari anda sendiri.

1. Jangan terlalu kerap mandi air panas atau ke sauna kerana ini akan memburukkan keadaan kuku anda.

2. Tabiat menggigit kuku harus ditinggalkan kerana ia akan membuat kuku cepat pecah dan bakteria pada kuku itu dengan mudahnya berpindah ke mulut anda.

3. Potong kuku dengan kerap dan secara teratur kerana ia boleh membantu menjamin kesuburan kuku. Sekiranya kuku dibiarkan panjang, ia akan mudah patah dan cepat rapuh.

4. Kuku anda juga perlukan pelembap untuk terus bersinar. Sekiranya anda malas untuk membeli pelembap khas untuk kuku, pastikan setiap kali anda menyapu pelembab pada badan, sapukan sekali pada kuku terutamanya sebelum tidur.

5. Pakai sarung tangan ketika melakukan kerja rumah seperti membasuh pinggan mangkuk atau mencuci bilik air kerana sesetengah bahan pencuci boleh merosakkan kuku.

6. Pemakanan juga harus dijaga. Makan makanan yang kaya dengan Vitamin B seperti kacang, kuning telur, pisang, tempe dan hati. Makanan yang kaya dengan biotin juga bagus untuk mengelakkan kuku daripada terbelah.

7. Sekiranya anda suka mewarnakan kuku, pastikan memilih pewarna yang tinggi kualitinya . kandungan pewarna kuku yang berkualiti mempunyai formula yang bertindak untuk memelihara kuku.

Petua kilatkan kuku

Anda boleh cuba petua kilatkan kuku untuk mencantikkan kuku dengan bahan semula jadi seperti dibawah ini.

Limau Nipis

Limau nipis boleh digunakan sebagai rawatan kuku dirumah bagi untuk mendapatkan kuku yang cantik dan sihat.. Limau mestilah dibelah dua bagi memudahkan anda gosokkan limau nipis tersebut pada kuku dan biarkan selama beberapa minit kemudian cuci dan hasilnya kuku anda akan nampak kelihatan cantik dan bersih. Amalkan amalan ini selalu pasti anda akan menyukainya dan berpuas hati dengan kuku yang cantik dan sihat. selamat mencuba. .

 

Bawang Putih

Selain untuk memasak , Bawang putih juga boleh digunakan dalam proses menjaga kuku ia sangat baik untuk kuku yang mudah patah . Caranya anda perlulah tumbuk bawang sehingga lumat dan gosokkan bawang putih pada kuku yang rapuh sekerap mungkin berulang kali. Selain itu juga bawang putih juga dapat membantu menguatkan struktur kuku anda bagi tidak mudah patah. Bawang putih juga boleh menggilatkan lagi kuku anda dengan itu anda tidak perlu lagi memain pengilat kuku. Amalkan selalu.

 

Belimbing Buluh

Kuku cantik dan tidak kering gosokkan kuku dengan buah belimbing buluh atau buah limau nipis 3x seminggu,bagi kuku tidak kelihatan kusan dan kering. Selepas itu rendam kuku dengan air suam bercampur garam bagi mendapat kesan yang lebih baik. Biar ia kering sendiri dan sesudah itu sapu dengan minyak zaitun. Amalkan setiap hari anda akan lihat kesannya. Kuku kaki juga anggota yang perlu dijaga dan dirawat selalu bagi kelihatan cantik dan sihat.

 

Daun Kangkung

Ambil 3-4 helai pucuk daun kangkung lalu dicampurkan dengan sedikit air sejuk atau air kosong. Lepas tu tumbuk daun kangkung dengan air sehingga lumat dan gosok kangkung tersebut pada kuku dan 10 minit bilas dengan air putih. Anda akan kelihatan hasilnya kuku kelihatan putih dan bersih sangat-sangat. Amalkan selalu anda akan berpuas hati. Selamat mencuba. .

Penjagaan Kuku kaki

Kuku kaki pula perlu dijaga kerana seluruh bahagian kaki anda lebih mudah dijangkiti penyakit. Sekiranya anda sentiasa memakai kasut tinggi, dan kasut-kasut lain yang tidak memudahkan kaki anda bernafas, anda terdedah kepada kuman dan kaki berbau. Kuku anda juga mudah berkulat.

Ternyata cara mencantikkan kuku dengan bahan-bahan yang senang didapatkan di sekeliling kita . Selamat mencuba

Filed Under: Beauty Tagged With: Beauty, Tutorial

  • « Go to Previous Page
  • Go to page 1
  • Go to page 2
  • Go to page 3
  • Go to Next Page »

Primary Sidebar

  • Bercuti Hari Raya Aidilfitri Di Langkawi 14 comments | 71 views
  • Cara Meluruskan Rambut Dengan Shiseido 8 comments | 1,582 views
  • Kebahagiaan Itu Sebuah Pilihan 4 comments | 14 views
  • Cara Make-up Simple Dan Cantik 3 comments | 949 views
  • Cara Mencantikkan Kuku 3 comments | 498 views
  • Cara Melicinkan Kulit Muka Dari Jerawat 3 comments | 651 views
  • Cara Pasang Google Analytics WordPress 1 comment | 22 views
  • Sikat Yang Sesuai Untuk Penjagaan Rambut Anda 1 comment | 37 views
  • Perbedaan Purging dan Breakout 1 comment | 38 views
  • Cara Menghilangkan Jerawat Pasir 1 comment | 5,987 views

Recent Comments

  • Rizqa on Cara Meluruskan Rambut Dengan Shiseido
  • cyra on Cara Meluruskan Rambut Dengan Shiseido
  • Christina on Cara Meluruskan Rambut Dengan Shiseido
  • Temie on Cara Meluruskan Rambut Dengan Shiseido
  • Jaja Zaleha on Cara Melicinkan Kulit Muka Dari Jerawat

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Copyright © 2021 · Lifestyle Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in