Cara Menghilangkan Jerawat Pasir

Cara Menghilangkan Jerawat Pasir

Ada setengah orang tu kan muka dah cantik, tapi sayang ada jerawat pasir di dahi. Malu kan? Lisa sendiri pernah rasa tau pengalaman jerawat pasir penuh kat muka tambah tambah lagi kat dahi! Malu yang amat nak berdepan dengan orang, sebabnya mesti orang tegur kenapa muka jadi gitu, kesiannya. Dah bermacam-macam ikhtiar cara menghilangkan jerawat pasir di dahi telah dilakukan tetapi hmmm..

Jerawat memang merupakan hal yang sangat mengganggu penampilan wajah kerana jerawat kerap kali timbul di area wajah. Tentunya hal ini dapat menurunkan rasa kepercayaan diri dan sering kali membuat orang yang melihatnya menjadi geli. Jerawat pasir selalunya akan timbul di permukaan wajah dan salah satunya adalah dahi. Jerawat pasir di dahi timbul disebabkan oleh beberapa faktor.

Faktor terjadinya jerawat pasir di dahi adalah disebabkan stress atau akibat beban pikiran yang terlalu berat dan masalah hormon juga adalah salah satu faktornya.

Faktor lain yang dapat menyebabkan adanya jerawat pasir ini ialah akibat adanya kelenjar minyak yang masih aktif, faktor keturunan dan dapat terjadi akibat bakteria yang menempek pada pori pori kulit.

 


Cara Menghilangkan Jerawat Pasir Di Dahi

1. Double cleansing
Double cleansing adalah salah satu cara untuk jadikan kulit korang sebersih-bersihnya. Ye la, hari-hari pakai makeup lah, sunscreen lah, sebab itu malam sebelum tidur wajib untuk cuci muka bersih-bersih .
2. Exfoliate regularly
Punca utama clogged pores adalah sel kulit mati tu terperangkap dalam pores. Maksudnya, korang takpernah lakukan scrub. Jika wajah tak scrub semakin hari makin bertambah sel kulit mati.

Dry skin 1x seminggu
Oily skin 2-3x seminggu

3. Pakai clay mask
Clay mask berfungsi untuk serap minyak & membersihkan pori secara mendalam. Jika korang mempunyai lebihan sebum / kulit berminyak , korang wajib tambahkan penjagaan yang satu ni ya.

Clay mask 1-2x seminggu
Tak boleh lebih 3x seminggu, nanti kulit korang boleh jadi kering.

4. Hydration
Kalau kulit korang jenis yg kering /dehydrated skin, apa yang harus fokus adalah lembabkan kulit korang. jauhi dari any hydroxy acid, just tumpukan pada produk yang melembabkan . Oleh sebab itu , Pastikan  produk pencuci muka / toner bukan dari produk yang mengeringkan muka .

5. TOMATO

Buah tomato bukan saja berkhasiat untuk kesihatan mata, ianya adalah salah satu cara menghilangkan jerawat pasir di dahi yang juga baik untuk kulit. Sapukan hirisan buah tomato pada bahagian muka yang berjerawat, biarkan selama 10 – 15 minit. Setelah itu, bersihkan muka dengan air bersih. Anda pasti akan rasai perbezaannya pada kulit, kulit akan menjadi makin tegang dan fresh!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge