Cara Mencantikkan Kuku

Cara Mencantikkan dan Penjagaan kuku Sihat

Dari kecil kemungkinan kita tidak terdedah kepada pentingnya menjaga kuku, maka keadaan kuku tidak diambil berat. Ada yang suka gigit kuku, dan ada yang suka biarkan kuku panjang, juga ada yang suka potong kuku sependek-pendeknya. Menjaga kuku adalah sama nilainya seperti menjaga kecantikan kulit, rambut dan anggota yang lain. Akan tetapi ramai lagi masih yang tidak ketahui bagaimana ingin menjaga kuku supaya sentiasa berada dalam keadaan sihat dan cantik. Banyak keburukan yang bakal timbul sekiranya kita tidak menjaga kuku dengan baik. Di sini saya ada beberapa petua atau cara mencantikkan  kuku  untuk anda.

 

cara mencantikkan kuku
petua kilatkan kuku

Penjagaan Mencantikkan Kuku

Mencantikkan kuku yang lain diantaranya dengan penjagaan bermula dari anda sendiri.

1. Jangan terlalu kerap mandi air panas atau ke sauna kerana ini akan memburukkan keadaan kuku anda.

2. Tabiat menggigit kuku harus ditinggalkan kerana ia akan membuat kuku cepat pecah dan bakteria pada kuku itu dengan mudahnya berpindah ke mulut anda.

3. Potong kuku dengan kerap dan secara teratur kerana ia boleh membantu menjamin kesuburan kuku. Sekiranya kuku dibiarkan panjang, ia akan mudah patah dan cepat rapuh.

4. Kuku anda juga perlukan pelembap untuk terus bersinar. Sekiranya anda malas untuk membeli pelembap khas untuk kuku, pastikan setiap kali anda menyapu pelembab pada badan, sapukan sekali pada kuku terutamanya sebelum tidur.

5. Pakai sarung tangan ketika melakukan kerja rumah seperti membasuh pinggan mangkuk atau mencuci bilik air kerana sesetengah bahan pencuci boleh merosakkan kuku.

6. Pemakanan juga harus dijaga. Makan makanan yang kaya dengan Vitamin B seperti kacang, kuning telur, pisang, tempe dan hati. Makanan yang kaya dengan biotin juga bagus untuk mengelakkan kuku daripada terbelah.

7. Sekiranya anda suka mewarnakan kuku, pastikan memilih pewarna yang tinggi kualitinya . kandungan pewarna kuku yang berkualiti mempunyai formula yang bertindak untuk memelihara kuku.

Petua kilatkan kuku

Anda boleh cuba petua kilatkan kuku untuk mencantikkan kuku dengan bahan semula jadi seperti dibawah ini.

Limau Nipis

Limau nipis boleh digunakan sebagai rawatan kuku dirumah bagi untuk mendapatkan kuku yang cantik dan sihat.. Limau mestilah dibelah dua bagi memudahkan anda gosokkan limau nipis tersebut pada kuku dan biarkan selama beberapa minit kemudian cuci dan hasilnya kuku anda akan nampak kelihatan cantik dan bersih. Amalkan amalan ini selalu pasti anda akan menyukainya dan berpuas hati dengan kuku yang cantik dan sihat. selamat mencuba. .

 

Bawang Putih

Selain untuk memasak , Bawang putih juga boleh digunakan dalam proses menjaga kuku ia sangat baik untuk kuku yang mudah patah . Caranya anda perlulah tumbuk bawang sehingga lumat dan gosokkan bawang putih pada kuku yang rapuh sekerap mungkin berulang kali. Selain itu juga bawang putih juga dapat membantu menguatkan struktur kuku anda bagi tidak mudah patah. Bawang putih juga boleh menggilatkan lagi kuku anda dengan itu anda tidak perlu lagi memain pengilat kuku. Amalkan selalu.

 

Belimbing Buluh

Kuku cantik dan tidak kering gosokkan kuku dengan buah belimbing buluh atau buah limau nipis 3x seminggu,bagi kuku tidak kelihatan kusan dan kering. Selepas itu rendam kuku dengan air suam bercampur garam bagi mendapat kesan yang lebih baik. Biar ia kering sendiri dan sesudah itu sapu dengan minyak zaitun. Amalkan setiap hari anda akan lihat kesannya. Kuku kaki juga anggota yang perlu dijaga dan dirawat selalu bagi kelihatan cantik dan sihat.

 

Daun Kangkung

Ambil 3-4 helai pucuk daun kangkung lalu dicampurkan dengan sedikit air sejuk atau air kosong. Lepas tu tumbuk daun kangkung dengan air sehingga lumat dan gosok kangkung tersebut pada kuku dan 10 minit bilas dengan air putih. Anda akan kelihatan hasilnya kuku kelihatan putih dan bersih sangat-sangat. Amalkan selalu anda akan berpuas hati. Selamat mencuba. .

Penjagaan Kuku kaki

Kuku kaki pula perlu dijaga kerana seluruh bahagian kaki anda lebih mudah dijangkiti penyakit. Sekiranya anda sentiasa memakai kasut tinggi, dan kasut-kasut lain yang tidak memudahkan kaki anda bernafas, anda terdedah kepada kuman dan kaki berbau. Kuku anda juga mudah berkulat.

Ternyata cara mencantikkan kuku dengan bahan-bahan yang senang didapatkan di sekeliling kita . Selamat mencuba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge