Cara Meluruskan Rambut Dengan Shiseido

Luruskan Rambut / Rebonding dirumah dengan Shiseido .

Hai uall’s , kali ini Lisa nak cerita tips cara Cara meluruskan rambut dengan Shiseido by DIY (Do It Youself ) .Sesuai sangat untuk korang yang bertudung  dan nak rambut lurus , segan ke salon sebab bukan semua tempat ada salon muslimah , kan ? Untuk Lisa , biasa gunakan brand Loreal atau Shiseido . Paling best korang guna Shiseido la , harga pun boleh tahan wow kebambom . Ala beza sikit dari Loreal  , kalau di kira-kira lagi dengan buat dekat salon .. masih boleh jimat banyak. . Check it out !

Korang boleh pilih jenama macam diatas tu Chrystallizing Straight Shiseido  , rekomended !  Memang 2 paket 2 kena beli semua , jangan beli 1 je. nanti tak lurus . Chrystallizing Straight Shiseido -Thermal Straight system dan Chrystallizing Straight Shiseido – Intermal Straight System . Bau ni tak kuat sangat.. jadi takdela sakit hidung gitu macam kebanyakan ubat rambut yang murah .

Peralatan yang perlu ada untuk luruskan rambut .

Sebelum tu korang boleh siapkan beberapa peralatan yang perlu disediakan untuk luruskan rambut ini. Boleh beli  atau gunakan tuperware plastik dirumah. Pastikan lepas guna nanti kena buang la , jangan letak makanan pulak. Hehehe 😀

1- Ubat pelurus rambut .

a.Chrystallizing Straight Shiseido -Thermal Straight system.

b. Chrystallizing Straight Shiseido – Intermal Straight System

 

2.- Sikat rambut plus brush untuk sapukan ubat pada rambut.

 

3.- Sarung tangan plastik .

4. Kain penutup badan .

5.- Penyepit rambut

6.- mangkuk Plastik
7.- Iron Rambut .

Bowl with peroxide and brush

 

So let’s do it !!

Cara Meluruskan Rambut dengan Shiseido

Step 1 ;
Cuci rambut dengan bersih kemudian keringkan . Pakai kain kalis air untuk elak ubat pelurus rambut tu melekat di baju , boleh gantikan dengan plastik sampah warna hitam yang besar tu . Tuang ubat Shiseido yang pertama Chrystallizing Straight Shiseido -Thermal Straight system. kedalam bekas , secukupnya . Agak-agak berapa panjang dan tebal rambut korang . Lepastu bertahap .. dari rambut paling bawah (bahagian tengkuk ) keatas. Buat step dari akar rambut ke hujung rambut .

Tunggu 15-20 minit sampai meresap ubat tu kedalam rambut . Untuk tahu ubat tu dah meresap ke belum , cuba tarik sehelai rambut dan tengok dah lembut atau keras kejung lagi . Kalau dah lembut.. dah boleh pergi cuci rambut tu . Kalau belum .. tunggu la sampai 5-10 minit gitu .


Step 2 .
Keringkan rambut yang dah dicuci bersih tadi . Pastikan betul-betul kering . Lepas tu , luruskan rambut dengan iron rambut , step by step ala.. macam kat salon tu . Ambil rambut sedikit demi sedikit dan iron . Lepas iron rambut , sapukan ubat Shiseido no 2 Chrystallizing Straight Shiseido – inThermal Straight system.. Ulangi langkah seperti step pertama diatas tadi. Cuci dan bilas rambut kemudian keringkan .SIAP !

 

TIPS :
Untuk yang dah pernah buat rebonding , sapu ubat treatment atau moisturize ( lupa pulak nama ubat tu ) sebelum buat rebonding . Kalau tak nanti rambut rosak , keras macam penyapu lantai .

Nasihat aku; kalau dah buat apa-apa chemical hairdo, janganlah lokek nak maintain rambut. paling-paling busuk pun belilah shampoo set yang khas untuk rambut tu . Pakai conditioner. kalau rajin, pakai serum. untuk yg free hair, serum wajib. nak prevent dari split ends sebab selalu terdedah kepada matahari. prevent ye..bukan repair. ends kalau dah split memang takleh nak ‘gam’ dah. potong je jawabnya.sebulan sekali buat treatment, kalau takde budget nak pegi salon then beli dan buat sendiri. bukan susah pun.Bukan apa, kalau dah buat chemical hairdo ni biasanya kita mesti lah nak touch up balik so nanti chemical tu letak lagi kat rambut..lagi bertambah-tambahlah teruknya rambut tu.

Memang ada orang yang rajin buat chemical hairdo kat rambut dia tapi elokkk je rambut dia. tapi cuba tanya dia, macamana dia maintain? itu lah rahsia dorang yang rambut berkilau-kilau tu.
Buat rambut 2-3ratus, ada yang 5-6ratus, ape lah sangat shampoo set dalam rm90 kan. eheeee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge